DUNIA > BERITA

TRUMP SIFATKAN KEPUTUSAN EU TIDAK BERTINDAK BALAS TERHADAP TARIF SEBAGAI "SANGAT BIJAK"

11/04/2025 02:34 PM

WASHINGTON, 11 April (Bernama-dpa) -- Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump memuji keputusan Kesatuan Eropah (EU)  untuk tidak bertindak balas segera terhadap tarif dikenakan oleh AS dan menyifatkannya sebagai "sangat bijak."  

Beliau berkata EU telah bersedia untuk mengumumkan langkah balas terhadap tarif yang dikenakannya, namun selepas melihat bagaimana AS menangani isu perdagangan dengan China, EU membuat keputusan untuk "menangguhkan tindak balas buat sementara waktu".

"Saya fikir mereka sangat bijak," katanya semasa mesyuarat kabinet, lapor agensi berita Jerman (dpa). 

Ditanya sama ada beliau melihat EU sebagai satu entiti tunggal atau sebagai negara individu semasa rundingan, Trump berkata: "Kami melihatnya sebagai satu blok."  

Walaupun memuji tindakan EU, Trump mengulangi dakwaannya bahawa EU ditubuhkan hanya untuk mengambil kesempatan terhadap AS.  

Pada Rabu, Trump secara mengejut menangguhkan tarif khas terhadap kebanyakan negara, kecuali China selama 90 hari.  

Sebagai tindak balas, EU turut menggantung tindakan balasnya yang telah diluluskan selama hampir tiga bulan.  

-- BERNAMA-dpa  


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan