SHAH ALAM, 5 Mei (Bernama) -- Seorang lelaki ditemukan lemas selepas motosikal dinaiki bersama rakannya tergelincir ke dalam laut di dermaga Institut Latihan Pengangkutan Laut (MATRAIN), Pelabuhan Klang dekat sini, Sabtu lepas.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata lelaki tempatan berusia 29 tahun itu ditemukan pada 8.17 pagi ini, setelah dua hari operasi mencari dan menyelamat (SAR) dijalankan.
“Dalam kejadian dua hari lepas, seorang mangsa lelaki berusia lingkungan 30-an diselamatkan orang awam namun seorang lagi tidak dijumpai dan dikhuatiri lemas. Usaha pencarian diteruskan Pasukan Penyelamatan Di Air (PPDA) Pelabuhan Klang.
“Komander operasi melaporkan mangsa dijumpai oleh anggota PPDA hari ini, pada jarak 200 meter dari tempat mangsa jatuh,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dengan mayat diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial