WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PRU2025 SINGAPURA: AMERIKA SYARIKAT UCAP TAHNIAH KEPADA LAWRENCE WONG, PAP ATAS KEMENANGAN

04/05/2025 04:42 PM

SINGAPURA, 4 Mei (Bernama) -- Setiausaha Negara Amerika Syarikat, Marco Rubio mengucapkan tahniah kepada Perdana Menteri Singapura Lawrence Wong dan Parti Tindakan Rakyat (PAP) atas kemenangan mereka dalam Pilihan Raya Umum 2025 (PRU2025) negara itu.

Rubio berkata Amerika Syarikat berharap dapat meneruskan kerjasama erat dengan kerajaan baharu pimpinan Wong bagi memperkukuh hubungan ekonomi serta kerjasama dalam bidang pertahanan dan keselamatan – demi manfaat rakyat Amerika, Singapura dan seluruh rantau ini.

“Selama hampir 60 tahun, Amerika Syarikat dan Singapura menjalin hubungan strategik yang kukuh dan berterusan serta komitmen bersama terhadap rantau Indo-Pasifik yang aman, bebas dan makmur,” katanya dalam satu kenyataan.

Dalam PRU2025, PAP berjaya mengekalkan majoriti melebihi dua pertiga dengan memenangi 87 daripada 97 kerusi Parlimen.

Kemenangan ini memberikan mandat yang kukuh kepada Wong, yang kali pertama mengetuai parti itu dalam pilihan raya umum.

-- BERNAMA

 

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan