SHAH ALAM, 4 Mei (Bernama) -- Sebanyak 2,474 bekas ahli GISB Holdings (GISBH) termasuk 1,410 kanak-kanak menyertai program pemulihan akidah di bawah kendalian Majlis Agama Islam Selangor (MAIS).
MAIS dalam kenyataan hari ini memaklumkan Program Insan Rabbani itu dijalankan bermula 15 Feb lepas hingga Ogos 2025 melibatkan kerjasama Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS).
“Program itu meliputi fasa pemulihan serta fasa pemantapan dan pengukuhan yang masing-masing berjalan selama enam bulan.
“Ia seterusnya diikuti fasa pascapemulihan serta fasa pemantauan dan khidmat sokongan,” menurut kenyataan itu.
Selain itu, MAIS telah melaksanakan Program Pemulihan Akidah bagi kanak-kanak GISBH pada September hingga Dis tahun lepas.
“MAIS juga bekerjasama dengan Majlis Keselamatan Negara (MKN) menganjurkan Program Rehabilitasi Sukarela Ahli GISBH membabitkan tujuh peserta dari negeri ini dan 11 peserta dari Johor pada 7 Nov 2024 hingga 4 Feb lepas,” menurut kenyataan itu.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial