KUALA LUMPUR, 29 April (Bernama) -- Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek memberi jaminan bantuan segera akan disalurkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Tinggi Setapak di sini, susulan insiden kebakaran melibatkan sebuah blok bangunan asrama sekolah itu semalam.
Beliau berkata tumpuan pada masa ini adalah memastikan keselamatan pelajar, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara.
“Saya telah menerima perkhabaran mengenai musibah kebakaran di SMK Tinggi Setapak.
“Bantuan segera akan disalurkan untuk memastikan kesejahteraan semua terlibat terpelihara,” katanya menerusi hantaran di laman facebook rasminya hari ini.
Dalam kejadian semalam, sebuah blok asrama SMK Tinggi Setapak yang menempatkan 91 pelajar lelaki terbakar pada 8.43 malam.
Bagaimanapun, kesemua pelajar dilaporkan selamat kerana kejadian berlaku ketika mereka berada di surau sekolah untuk menunggu waktu isyak.
Komander Operasi Bomba TPgB II Japari Tajuddin memaklumkan kebakaran melibatkan tingkat satu bangunan itu, mengakibatkan 80 peratus bahagian asrama musnah.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial