DUNIA > BERITA

CHINA TERUS CATAT KENAIKAN ALIRAN MASUK PELABURAN ASING

29/04/2025 05:01 PM

BEIJING, 29 April (Bernama-CMG) -- China merekodkan penubuhan sebanyak 12,603 syarikat pelaburan asing dalam tiga bulan pertama 2025, meningkat 4.3 peratus berbanding tempoh sama tahun lepas.

Data Kementerian Perdagangan (MOFCOM) menunjukkan dari Januari hingga Mac, penggunaan sebenar pelaburan asing dalam sektor perkhidmatan e-dagang, pembuatan biofarmaseutikal dan pembuatan peralatan aeroangkasa masing-masing meningkat sebanyak 100.5 peratus, 63.8 peratus dan 42.5 peratus.

Suku tahun pertama juga menyaksikan pelaburan asing dalam sektor pembuatan berteknologi tinggi terus bertambah, antaranya termasuk kilang ketiga BMW Brilliance Automotive Ltd (BBA) dan kilang mega simpanan tenaga Tesla yang masing-masing memulakan operasi di Shenyang dan di Shanghai.

Untuk tempoh sama, pelaburan ASEAN dan Kesatuan Eropah (EU) di China masing-masing mencatat kenaikan sebanyak 56.2 peratus dan 11.7 peratus.

Selain itu, aliran masuk pelaburan dari Switzerland, Britain, Jepun dan Korea Selatan masing-masing meningkat 76.8 peratus, 60.5 peratus, 29.1 peratus dan 12.9 peratus.

-- BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan