SUKAN > BERITA

KEJOHANAN FURY CHAMPIONSHIP ANGKAT MARTABAT SUKAN TEMPUR

10/04/2025 09:59 PM

PETALING JAYA, 10 April (Bernama) -- Kejohanan sukan tempur Fury Championship yang dijadual  berlangsung pada 2 Mei ini bakal menjadi gelanggang bagi mengangkat martabat sukan tempur tanah air ke peringkat lebih tinggi.

Pengasas Fury Championship Mohamad Faizal Ahmad berkata beliau ingin menjadikan edisi sulung kejohanan itu sebagai platform utama sukan tempur di Malaysia dan diharap mampu bersaing sama hebat dengan gergasi dunia seperti kejohanan ONE Championship.

Kejohanan diasaskan bersama Mohd Wafiy Ilhan Johan itu akan diadakan di Zepp KL dan menampilkan barisan petarung profesional, pencabar amatur, pempengaruh, serta selebriti yang menjanjikan pengalaman penuh adrenalin bagi peminat sukan tempur. 

“Ia bukan sekadar pertarungan tetapi sebuah gerakan untuk memperkembangkan sukan ini, memberikan pengiktirafan kepada altet yang terlibat serta menghadiahkan peminat dengan aksi berkualiti tinggi,” katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Satu daripada aksi yang bakal menjadi tumpuan pada kejohanan itu ialah pertarungan antara Kabilan Jelevan mewakili Malaysia menentang Oky Arema dari Indonesia.

Atlet muay thai negara, Nur Amisha Azrilrizal pula bakal menggalas misi berdepan jaguh seni bela diri campuran (MMA) Indonesia. Nurul Azizah dalam kategori wanita.

Dalam masa sama, Mohd Wafiy berharap kejohanan itu dapat merangsang lagi sukan tempur di Malaysia dengan menghimpunkan bakat daripada pelbagai latar belakang.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan