KUALA LUMPUR, 14 April (Bernama) --Harapan untuk melihat semula gandingan bekas beregu campuran utama negara, Chen Tang Jie-Toh Ee Wei kembali bersinar mungkin menjadi kenyataan apabila kedua-duanya tersenarai dalam skuad ke Piala Sudirman 2025 di Xiamen, China dari 27 April hingga 4 Mei ini.
Menerusi senarai pemain yang diumumkan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) hari ini, Tang Jie dan Ee Wei antara enam pemain disenaraikan bagi acara beregu campuran bersama Goh Soon Huat, Shevon Lai Jemie, Hoo Pang Ron dan Cheng Su Yin.
Terdahulu, BAM memutuskan untuk memisahkan pasangan yang pernah menghuni ranking keempat dunia itu susulan prestasi merudum dipercayai berpunca daripada hubungan yang semakin dingin.
Sementara itu, jaguh perseorangan profesional Lee Zii Jia tidak tersenarai selepas masih belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan buku lali yang dialami bulan lepas.
Zii Jia sebelum ini pernah membantu skuad negara meraih gangsa pada edisi 2021 dan 2023.
Saingan Piala Sudirman kali ini menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan C bersama naib juara tiga kali, Jepun, Australia dan Perancis.
Skuad negara ke Piala Sudirman 2025:
Perseorangan lelaki
1. Leong Jun Hao
2. Justin Hoh
Perseorangan wanita
1. Goh Jin Wei
2. K. Letshanaa
Beregu lelaki
1. Aaron Chia-Soh Wooi Yik
2. Nur Izzuddin Mohd Rumsani-Goh Sze Fei
3.Man Wei Chong-Tee Kai Wun
Beregu wanita
1. Pearly Tan-M.Thinaah
2.. Go Pei Kee-Carmen Ting
Beregu campuran
1. Goh Soon Huat-Shevon Lai
2.Chen Tang Jie-Toh Ee Wei
3. Hoo Pang Ron-Cheng Su Yin
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial