KUALA LUMPUR, 20 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah hari ini, mencerminkan kelemahan pasaran emas COMEX Amerika Syarikat.
Kontrak bulan semerta Mei 2025 susut kepada US$3,244.70 setiap auns troy daripada US$3,247.40 setiap auns troy semalam, manakala Jun 2025 turun kepada US$3,257.50 setiap auns troy daripada US$3,261.10 setiap auns troy.
Kontrak Julai, Ogos dan Oktober 2025 merosot kepada US$3,271.20 setiap auns troy daripada US$3,274.80 setiap auns troy sebelum itu.
Jumlah dagangan melonjak kepada 477 lot daripada 108 lot pada Isnin, manakala kepentingan terbuka turun kepada 33 kontrak daripada 157 kontrak semalam.
Menurut penetapan harga sebelah petang oleh London Bullion Market Association pada 19 Mei, emas fizikal berharga US$3,230.15 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial