KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini, seiring dengan peningkatan di Bursa Komoditi New York (COMEX) Amerika Syarikat (AS).
Kontrak semerta bulan Mei 2025 meningkat kepada US$3,317.20 setiap auns troy daripada US$3,244.70 setiap auns troy semalam, manakala kontrak Jun 2025 menokok kepada US$3,330.20 setiap auns troy daripada US$3,257.50 setiap auns troy.
Kontrak Julai, Ogos dan Oktober 2025 melonjak kepada US$3,343.90 setiap auns troy daripada US$3,271.20 setiap auns troy sebelumnya.
Jumlah dagangan naik kepada 665 lot daripada 477 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka melonjak kepada 698 kontrak daripada 33 kontrak semalam.
Mengikut penetapan London Bullion Market Association pada 20 Mei, harga emas fizikal berada pada US$3,261.55 setiap auns troy.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial