PASARAN > BERITA

PENANGGUHAN TARIF AS DORONG NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP TINGGI

10/04/2025 09:24 PM

Oleh Fatin Umairah Abdul Hamid

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi pada Khamis, didorong oleh pengukuhan harga minyak kacang soya dan minyak mentah, kata peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata kenaikan harga itu susulan pengumuman Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengenai penangguhan selama 90 hari ke atas pelaksanaan tarif "timbal balik".

"Kami mendapati paras sokongan pada RM4,150 satu tan dan paras rintangan pada RM4,320 satu tan," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak April 2025 meningkat RM18 kepada RM4,444 satu tan, Mei 2025 menokok RM32 kepada RM4,331 satu tan dan Jun 2025 bertambah RM52 kepada RM4,200 satu tan.

Kontrak Julai 2025 dan Ogos 2025 masing-masing melonjak RM61 kepada RM4,122 satu tan dan RM4,072 satu tan, manakala September 2025 bertambah RM59 kepada RM4,044 satu tan.

Jumlah dagangan berkurangan kepada 90,966 lot daripada 132,491 lot pada Rabu, manakala kepentingan terbuka susut kepada 247,188 kontrak daripada 248,610 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk April Selatan turun RM50 kepada RM4,550 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan