PASARAN > BERITA

NIAGA HADAPAN MSM DITUTUP RENDAH BERIKUTAN TARIF AS CETUS PENJUALAN KOMODITI GLOBAL

09/04/2025 09:33 PM

Oleh Engku Shariful Azni Engku Ab Latif

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah pada Rabu, di tengah-tengah penjualan komoditi global yang dicetuskan oleh pelaksanaan tarif AS, menurut peniaga minyak sawit David Ng.

Beliau berkata penurunan harga minyak mentah dan minyak kacang soya turut menyumbang kepada sentimen negatif dalam pasaran.

"Kami mendapati paras sokongan pada RM4,100 satu tan dan paras rintangan pada RM4,300 satu tan," katanya kepada Bernama.

Pada penutup dagangan, kontrak April 2025 turun RM138 kepada RM4,426 satu tan, Mei 2025 susut RM41 kepada RM4,299 satu tan, manakala kontrak Jun 2025 dan Julai 2025 masing-masing jatuh RM40 kepada RM4,148 dan RM4,061 satu tan.

Kontrak Ogos 2025 menurun RM47 kepada RM4,011 satu tan dan September 2025 susut RM54 kepada RM3,985 satu tan.

Jumlah dagangan meningkat kepada 132,491 lot daripada 122,240 lot pada Selasa, manakala kepentingan terbuka berkurangan kepada 248,610 kontrak daripada 252,515 kontrak sebelumnya.

Harga MSM fizikal untuk April Selatan menyusut RM50 untuk berada pada RM4,600 satu tan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan