KUALA TERENGGANU, 9 Mei (Bernama) -- Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga menahan dua bot nelayan tempatan bersama tujuh kru yang didapati melakukan pelbagai kesalahan di bawah Seksyen 8(b) Akta Perikanan 1985, di perairan Terengganu, semalam.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Tiga ACP Zulafendy Hassan berkata bot kelas B itu ditahan dalam Op Taring Gelora, di kedudukan sembilan batu nautika dari muara Kuala Terengganu kira-kira 11.30 pagi
Beliau berkata selepas pemeriksaan, antara kesalahan yang dikesan ialah pemilik tidak mengusahakan bot sendiri, saiz mata pukat tidak mengikut spesifikasi ditetapkan dan alat pemadam api yang didapati telah tamat tempoh.
"Pelanggaran syarat lesen mengakibatkan rampasan termasuk peralatan dan hasil laut berjumlah kira-kira RM50,700. Kes diserahkan kepada Jabatan Perikanan Negeri Terengganu untuk tindakan lanjut," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial