Oleh Siti Noor Afera Abu
KUALA LUMPUR, 9 Mei (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives ditutup lebih tinggi hari ini susulan harga minyak kacang soya dan minyak mentah yang lebih kukuh.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata ringgit yang lebih lemah juga dilihat sebagai faktor positif yang menyokong harga dalam jangka pendek.
"Kami melihat harga disokong pada paras RM3,750 setiap tan dan paras rintangan pada RM3,950 setiap tan," katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, Mei 2025 naik RM18 kepada RM3,790 setiap tan, Jun 2025 meningkat RM16 kepada RM3,813 setiap tan, Julai 2025 menokok RM13 kepada RM3,814 setiap tan, Ogos 2025 menambah RM7 kepada RM3,827 setiap tan, September 2025 bertambah RM4 kepada RM3,837 setiap tan dan Oktober 2025 melonjak RM7 kepada RM3,853 setiap tan.
Jumlah dagangan pula merosot kepada 89,661 lot daripada 96,041 lot semalam manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 240,098 kontrak daripada 235,144 kontrak sebelumnya.
Harga fizikal MSM bagi Mei Selatan naik RM30 kepada RM3,850 setiap tan.
Bursa Malaysia Bhd dan anak syarikatnya akan ditutup pada 12 Mei (Isnin) sempena cuti umum Hari Wesak dan akan memulakan semula operasi pada 13 Mei (Selasa).
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial