KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- Eksport minyak sawit Malaysia meningkat 0.91 peratus pada Mac 2025 kepada 1.00 juta tan berbanding 996,460 tan pada Februari, menurut Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB).
Dalam laporan prestasi industri pada Mac 2025, MPOB berkata pengeluaran minyak sawit mentah (MSM) meningkat 16.76 peratus, atau 199,164 tan kepada 1.38 juta tan berbanding 1.18 juta tan pada bulan sebelumnya.
Pengeluaran isirong sawit turut meningkat 18.23 peratus kepada 336,918 tan pada Mac daripada 284,959 tan pada Februari.
Selain itu, pengeluaran minyak isirong sawit mentah turut meningkat 15.20 peratus kepada 149,923 tan berbanding 130,146 tan, manakala pengeluaran kek isirong sawit pula naik 20.74 peratus kepada 172,655 tan daripada 142,997 tan.
Bagaimanapun, stok MSM jatuh 5.68 peratus kepada 779,233 tan pada Mac, berbanding 826,145 tan sebulan sebelumnya.
Stok minyak sawit yang diproses meningkat 14.63 peratus kepada 783,353 tan daripada 683,380 tan pada Februari, manakala jumlah inventori minyak sawit meningkat 3.52 peratus kepada 1.56 juta tan daripada 1.50 juta tan.
MPOB berkata eksport minyak isirong sawit merosot 3.11 peratus kepada 56,333 tan pada Mac daripada 58,144 tan pada Februari.
Eksport kek isirong sawit turut menyusut 36.90 peratus kepada 122,977 tan daripada 194,894 tan, manakala eksport biodiesel turun 64.46 peratus kepada 14,947 tan daripada 42,052 tan.
Eksport oleokimia bagaimanapun, meningkat 5.74 peratus kepada 209,610 tan daripada 198,238 tan pada bulan sebelumnya.
Tiada import MSM direkodkan pada Mac, manakala import minyak isirong sawit susut 0.17 peratus kepada 12,678 tan daripada 12,699 tan pada Februari.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial