Oleh Durratul Ain Ahmad Fuad
KUALA LUMPUR, 15 April (Bernama) -- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives (BMD) ditutup rendah untuk hari kedua berturut-turut pada Selasa, menjejaki kejatuhan dalam niaga hadapan minyak kacang soya di Lembaga Perdagangan Chicago (CBOT) dan Bursa Komoditi Dalian.
Peniaga minyak sawit David Ng berkata pengeluaran yang dijangka meningkat pada minggu-minggu akan datang turut mempengaruhi sentimen harga.
“Sehubungan itu, kita mengesan paras sokongan pada RM4,000 satu tan dan paras rintangan pada RM4,300 satu tan,” katanya kepada Bernama.
Pada penutup dagangan, kontrak April 2025 merosot RM34 kepada RM4,320 satu tan, Mei 2025 jatuh RM63 kepada RM4,230 satu tan, Jun 2025 dan September 2025 masing-masing susut RM62 kepada RM4,108 satu tan dan RM3,986 satu tan.
Kontrak Julai 2025 dan Ogos masing-masing menyusut RM64 kepada RM4,043 satu tan dan RM4,008 satu tan.
Jumlah dagangan melonjak kepada 104,470 lot daripada 80,065 lot semalam, manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 247,195 kontrak daripada 244,009 kontrak sebelumnya.
Harga MSM fizikal bagi April Selatan turun RM120 kepada RM4,400 satu tan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial