DUNIA > BERITA

PILIHAN RAYA PRESIDEN: WARGA KOREA SELATAN DI MALAYSIA MENGUNDI AWAL

21/05/2025 05:01 PM

 KUALA LUMPUR, 21 Mei (Bernama) -- Warganegara Korea Selatan yang menetap di Malaysia mula menunaikan tanggungjawab mengundi awal dalam proses pengundian luar negara menjelang pilihan raya presiden negara itu pada 3 Jun.

Kedutaan Korea Selatan di Kuala Lumpur memaklumkan kepada Bernama bahawa kira-kira 3,300 pengundi pos yang berdaftar di Malaysia layak mengambil bahagian dalam tempoh pengundian luar negara yang berlangsung dari 20 hingga 25 Mei.

Pengundian dibuka setiap hari dari 8 pagi hingga 5 petang di pusat pengundian yang ditetapkan di premis kedutaan di sini.

Menurut agensi berita Yonhap, lebih 258,000 warga Korea Selatan, termasuk mereka yang berdaftar sebagai pengundi pos, layak mengundi di 223 pusat pengundian di 118 negara.

Pilihan raya awal itu diadakan susulan keputusan Mahkamah Perlembagaan yang menyingkirkan bekas Presiden Yoon Suk Yeol daripada jawatan berikutan percubaannya melaksanakan undang-undang tentera yang gagal pada Disember tahun lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan