NEW YORK, 11 April (Bernama-CMG) -- China menggesa supaya Israel segera menghentikan serangan menyasar Syria dan mengundurkan tenteranya dari negara itu secepat mungkin.
Kuasa Usaha Sementara Misi Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) Geng Shuang membuat kenyataan itu susulan Israel melancarkan serangan udara terhadap banyak sasaran di Syria pada minggu lepas sehingga menyebabkan kematian dan kecederaan yang teruk serta kemusnahan fasiliti.
Semasa berucap pada mesyuarat tergempar Majlis Keselamatan PBB mengenai isu Syria pada Khamis, Geng menyelar tindakan Israel secara serius melanggar undang-undang antarabangsa serta mencabul kedaulatan dan integriti wilayah Syria.
Beliau berkata peralihan politik yang stabil adalah kunci bagi memulihkan keamanan di Syria, dan ia harus menjadi matlamat utama yang disasarkan semua pihak terlibat.
China sedia bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk melakukan usaha tanpa henti ke arah mewujudkan keamanan dan kestabilan yang berkekalan di Syria serta memulihkan ketenteraman di rantau Asia Barat.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial