REMBAU, 12 April (Bernama) -- Lawatan negara Presiden China Xi Jinping ke Malaysia pada minggu depan bakal memperkukuh hubungan perdagangan dua hala antara kedua-dua negara, kata Menteri Luar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau berkata lawatan itu telah lama dirancang.
"Tahun ini Malaysia sebagai Pengerusi ASEAN, banyak rangka kerja yang perlu kita uruskan terutamanya bilateral Malaysia-China dan ASEAN-China.
"Pada Mei nanti, akan berlangsung Sidang Kemuncak ASEAN GCC-China untuk pastikan hubungan dagang itu diperkukuhkan serta negara ASEAN dapat meningkatkan perdagangan sesama sendiri terutamanya keadaan ketidaktentuan ekonomi dunia masa kini," katanya ketika ditemui pemberita pada majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Kementerian Luar dan Parlimen Rembau di Kampung Tanjung, Rantau di sini hari ini.
Media sebelum ini melaporkan Malaysia akan menerima lawatan negara Xi yang dijadual bermula 15 hingga 17 April ini.
Jurucakap Kerajaan Perpaduan Datuk Fahmi Fadzil berkata lawatan negara itu bukan sahaja dinanti-nantikan, malah mencerminkan hubungan perdagangan yang lebih baik antara Kuala Lumpur-Beijing.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial