AM > BERITA

Bom Mortar Ditemui Berhampiran Kediaman Penduduk

18/05/2025 10:28 PM

IPOH, 18 Mei (Bernama) -- Sebutir bom jenis mortar ditemui seorang penduduk dalam semak berhampiran kediamannya di Kampung Kandang Hilir, Kuala Kangsar, semalam.

Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar ACP Heisham Harun berkata laporan berkaitan penemuan bom tersebut diterima daripada seorang wanita berusia 30 tahun pada 7.02 malam.

“Sepasukan anggota polis telah ke tempat kejadian dengan dipandu oleh pengadu itu sendiri. Hasil siasatan mendapati bom berkenaan dijumpai kira-kira 30 meter dari rumahnya.

“Hasil siasatan lanjut mendapati bom berkenaan tidak mengandungi bahan letupan dan selamat untuk dipindahkan,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Heisham berkata bom tersebut telah dibawa ke pangkalan Unit Pemusnah Bom Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Perak untuk tindakan susulan.

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan