PUTRAJAYA, 10 April (Bernama) -- Kementerian Pengangkutan melalui Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) membuka tawaran Nombor Pendaftaran Istimewa (NPI) Siri VIPS secara bidaan dalam talian selama lima hari bermula esok.
Ketua Pengarah JPJ Datuk Aedy Fadly Ramli berkata orang awam boleh membuat tawaran bidaan NPI VIPS melalui Sistem JPJeBid yang akan ditutup pada 10 malam, Selasa depan.
"NPI Siri VIPS adalah membawa maksud ‘Visit Impressive Perlis State’ bersempena Sambutan Ulang Tahun Pemerintahan Ke-25 Jubli Perak Tuanku Raja Perlis.
"Pengenalan NPI VIPS ini juga sebagai satu daripada inisiatif kerajaan untuk mempromosikan Tahun Melawat Perlis 2024-2025," katanya dalam kenyataan hari ini.
Aedy Fadly berkata harga bidaan dalam JPJeBid adalah mengikut harga minimum yang ditetapkan iaitu nombor utama RM20,000, nombor premium (RM5,000), nombor menarik (RM2,500), nombor popular (RM500) dan nombor semasa (RM300).
"Kaedah penawaran secara bidaan ini adalah tertakluk kepada terma dan syarat sedia ada yang telah ditetapkan melalui Sistem JPJeBid," katanya, menambah keputusan bidaan akan dikeluarkan pada 16 April depan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial