DUNIA

MEDIA MALAYSIA SIAR PROGRAM TERBAIK CMG SEMPENA LAWATAN NEGARA PRESIDEN XI JINPING

13/04/2025 01:03 PM

KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Bersempena lawatan negara Presiden China, Xi Jinping, beberapa platform media utama Malaysia akan menyiarkan kandungan terpilih terbitan Kumpulan Media China atau China Media Group (CMG).

Bermula 13 April, beberapa produksi terbaik CMG seperti The Heritage Guardian, Aerial China – Edisi Xinjiang, Up and Out of Poverty, China Traditional Medicine Conference, China Race to the Future dan Gen Z Talks akan disiarkan di platform media utama Malaysia seperti Bernama TV, TV Alhijrah, Coolita dan 8TV.

Timbalan Menteri Jabatan Publisiti Jawatankuasa ’CPC Central Committee’ (CPC) merangkap Presiden CMG, Shen Haixiong menekankan dalam ucapannya menegaskan tayangan yang dianjurkan bersama oleh CMG dan media Malaysia, merupakan inisiatif penting untuk memperkukuh pertukaran budaya dan mempereratkan hubungan persahabatan antara kedua-dua negara.

Beliau turut menegaskan bahawa inisiatif itu, penonton Malaysia akan memperoleh pemahaman yang lebih mendalam mengenai visi Presiden Xi Jinping, usaha-usaha pengurangan kemiskinan di China, kehangatan dan layanan mesra rakyat China serta kekayaan budayanya

Penyiaran itu juga merupakan sebahagian daripada usaha berterusan CMG untuk memberikan gambaran yang menyeluruh dan autentik mengenai China moden sebagai sebuah negara yang boleh dipercayai, menawan dan dihormati, katanya.

Semua program akan disiarkan dengan sari kata dalam Bahasa Melayu.

Xi dijadual mengadakan lawatan negara ke Malaysia dari 15 hingga 17 April.

China menjadi rakan dagang terbesar Malaysia selama 15 tahun berturut-turut, dengan jumlah dagangan dua hala mencecah US$190.24 bilion (RM856.08 bilion).

-- BERNAMA

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan