KAJANG, 17 Mei (Bernama) -- Sebanyak 400 mahasiswa Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mengambil bahagian dalam Program Treasure Hunt @ Crime Awareness Challenge yang menggabungkan elemen penyiasatan jenayah melalui permainan mencari harta karun.
Program berkenaan dianjurkan oleh Mahasiswa Sarjana Sains Sosial (Pengajian Kepolisan) Fakulti Sains Sosial dan Kemanusiaan (FSSK) UKM di Bangi dekat sini hari ini.
Ketua Pusat Pengajian Sains Penyiasatan dan Pendakwaan SAC Wong Ing Fung berkata program hasil kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM) dan Persatuan Bank-Bank Dalam Malaysia (ABM) itu memerlukan peserta menjejak ‘petunjuk jenayah’ sambil mempelajari proses penyiasatan secara langsung.
“Peserta mempelajari proses penyiasatan dalam suasana menyeronokkan dan program ini bukan sahaja memberi pendedahan kepada mahasiswa tentang bahaya jenayah tetapi turut menyemai keprihatinan dalam memikul tanggungjawab sosial sebagai warganegara yang cintakan keamanan dan keselamatan negara,” katanya ketika ditemui selepas merasmikan program berkenaan di Dataran Gemilang UKM.
Turut hadir Pemangku Dekan FSSK Prof Dr Kadaruddin Aiyub dan Ketua Polis Daerah Kajang ACP Naazron Abdul Yusof.
Beliau berkata antara pengisian menarik yang turut mendapat sambutan ialah sesi ceramah ' Jangan Kena Scam' oleh wakil ABM.
“Melalui program ini kita berharap warga kampus dapat menjadi rakan strategik PDRM dalam usaha pencegahan jenayah secara kolektif," katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial