WILAYAH - SARAWAK > BERITA

PDRM KENAL PASTI LANGKAH TAMBAH BAIK KESELAMATAN PERGERAKAN ANGGOTA GUNA TRAK

14/05/2025 07:54 PM

KUALA LUMPUR, 14 Mei (Bernama) -- Polis Diraja Malaysia kini mengenal pasti langkah penambahbaikan keselamatan bagi petugas yang bergerak menggunakan trak untuk menjalankan operasi susulan nahas jalan raya yang meragut sembilan nyawa anggota Unit Simpanan Persekutuan (FRU) semalam.

Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain berkata satu perbincangan akan diadakan dengan pimpinan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam kerana jabatan itu turut menggunakan trak bagi mengangkut anggota Pasukan Gerakan Am.

"Antara sedang dikaji ialah penambahan sistem lebih baik bagi melindungi penumpang dalam trak namun trak ini mempunyai bangku panjang yang mungkin serasi atau tidak untuk sistem itu," katanya ketika dihubungi hari ini. 

Beliau berkata langkah lain yang dipertimbang ialah penggunaan bas dan kereta peronda bagi mengawasi pergerakan konvoi kenderaan pasukan itu.

Insiden pada 8.50 pagi semalam menyaksikan sembilan anggota FRU Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh maut selepas trak yang mereka naiki berlanggar dengan sebuah lori.

-- BERNAMA

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan