WILAYAH - SARAWAK > BERITA

NAHAS FRU: TIGA ANGGOTA MASIH KRITIKAL, TIDAK SEDARKAN DIRI

14/05/2025 10:23 PM

IPOH, 14 Mei (Bernama) -- Tiga anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) yang terlibat dalam kemalangan di Teluk Intan pagi semalam masih berada dalam keadaan kritikal dan tidak sedarkan diri. 

Ketua Polis Daerah Hilir Perak ACP Dr Bakri Zainal Abidin berkata anggota berkenaan ialah Koperal Haslizal Mohd Ali, 44, Sarjan Mazlan Mat, 50, dan Koperal Mohd Izwan Ishak, 39.

“Kesemua mereka kini di tempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Teluk Intan.

“Hari ini pihak kami mengadakan ziarah kebajikan ke atas mangsa-mangsa yang cedera dalam kemalangan itu,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata terdapat empat anggota yang cedera telah sedar dan dirawat di hospital sama.

Mereka ialah Koperal Mohammad Zulnaidi Muhammad Zullkifli, 34, Lans Koperal Muhammad Aniq Taufiq Rozi, 26, Koperal Mohd Harrisul Ikhsan Mohd Mahabudin, 39, dan Sarjan Mohd Parih Ali, 44. 

Dalam kejadian 8.50 pagi semalam, sembilan anggota FRU Unit 5 yang berpangkalan di Sungai Senam, Ipoh maut selepas trak yang mereka naiki berlanggar dengan lori muatan batu kerikil, sekali gus menyebabkan lapan anggota maut di tempat kejadian manakala seorang lagi meninggal dunia ketika mendapat rawatan di Hospital Teluk Intan. 

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan