KOTA BHARU, 14 Mei (Bernama) -- Seorang wanita maut manakala dua cedera parah dalam kemalangan jalan raya membabitkan dua kenderaan di Lebuhraya Ketereh-Kota Bharu malam ini.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tunjong Azhar Mohamed berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian pada 8.01 malam ini, sebelum mengarahkan lapan anggota bergegas ke lokasi kemalangan.
"Kemalangan jalan raya itu melibatkan dua buah kenderaan iaitu Honda City yang dipandu oleh seorang lelaki dan Proton Exora yang dinaiki oleh lima beranak.
"Seorang wanita di dalam Proton Exora meninggal dunia di lokasi kejadian manakala dua lagi mengalami kecederaan parah dan tiga lagi mangsa termasuk pemandu kereta Honda City hanya cedera ringan," katanya dalam kenyataan hari ini.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial