WILAYAH - UTARA > BERITA

MBPP ARAH EMPAT PREMIS MAKANAN DITUTUP, ADA NAJIS TIKUS

10/05/2025 04:07 PM

GEORGE TOWN, 10 Mei (Bernama) -- Empat premis makanan diarahkan tutup kerana tahap kebersihan yang kurang memuaskan dan penemuan najis tikus dalam operasi bersepadu oleh Majlis Bandaraya Pulau Pinang (MBPP) di daerah Timur Laut di sini semalam.

Dalam kenyataan hari ini, MBPP memaklumkan premis makanan tersebut diarah tutup selama 14 hari hingga 22 Mei ini mengikut Undang-Undang Kecil 38 (1), Undang-Undang Kecil (Establisymen Makanan) MPPP 1991.

"Kesemua empat premis itu dikenakan tindakan penutupan premis serta-merta kerana tahap kebersihan premis kurang memuaskan iaitu di bawah standard yang ditetapkan serta penemuan najis tikus di kawasan stor dan penyimpanan makanan beku serta dapur.

“Operasi bersepadu ini turut melibatkan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Pejabat Kesihatan Daerah Timur Laut,” menurut kenyataan itu.

MBPP memaklumkan dalam operasi itu, pihak KPDN Pulau Pinang juga telah mengeluarkan kompaun bagi empat kes yang bernilai RM1,900 di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencatutan 2011.

Selain itu, KKM mengeluarkan dua notis berkaitan pelanggan merokok di dalam premis makanan di bawah Akta Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau yang keseluruhan berjumlah RM500.

“Pihak LHDN pula telah memperoleh maklumat berkaitan percukaian berkaitan Akta Cukai Pendapatan 1967 yang melibatkan pemilik serta penyewa gerai untuk tindakan selanjutnya,” menurut kenyataan itu.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan