WILAYAH - SARAWAK > BERITA

ANWAR ADAKAN PERBINCANGAN DENGAN PROBOWO UNTUK PERKUKUH KERJASAMA PELBAGAI BIDANG

04/05/2025 09:56 PM

KUALA LUMPUR, 4 Mei (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam mengadakan perbincangan dengan Presiden Indonesia Prabowo Subianto untuk memperkukuh hubungan kerjasama meliputi pelbagai bidang.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar berkata perbincangan itu, yang berlangsung menerusi panggilan telefon, menyentuh mengenai keperluan kedua-dua negara.

“Saya dan Presiden Prabowo percaya hubungan erat Malaysia dan Indonesia ini dapat memberi manfaat buat rakyat keseluruhannya.

“Kami juga menyentuh soal persiapan Sidang Kemuncak ASEAN 2025 di Kuala Lumpur pada hujung bulan ini,” kata beliau.

Perdana Menteri berkata Probowo turut mengundang beliau ke Jakarta bagi mengadakan lawatan rasmi dalam masa terdekat.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan