WILAYAH - SARAWAK > BERITA

EKSPORT BUKAN MINYAK ARAB SAUDI CATAT REKOD TERTINGGI PADA 2024

27/04/2025 05:26 PM

RIYADH, 27 April (Bernama-Xinhua) -- Eksport bukan minyak Arab Saudi melonjak kepada 515 bilion Riyal Saudi (US$137.33 bilion) pada 2024, mencatat peningkatan 13 peratus berbanding 2023, lapor Agensi Akhbar Saudi (SPA) pada Sabtu, menurut Xinhua.

Menurut statistik Lembaga Pembangunan Eksport Saudi, prestasi eksport kukuh negara merangkumi pelbagai sektor.

Eksport barangan meningkat kepada 217 bilion Riyal Saudi, dengan eksport petrokimia dan bukan petrokimia masing-masing berkembang dua peratus dan sembilan peratus.

Eksport semula mencecah 90 bilion Riyal Saudi, manakala eksport perkhidmatan mencapai rekod 207 bilion Riyal Saudi, meningkat 14 peratus tahun ke tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Lembaga Pembangunan Eksport Saudi, Abdulrahman Althukair menyifatkan kejayaan eksport bukan minyak hasil daripada usaha kerajaan mempergiatkan kepelbagaian ekonomi dan memperluaskan akses produk nasional ke pasaran global.

Beliau menegaskan komitmen Arab Saudi untuk terus menyokong para pengeksport melalui program latihan, promosi dan khidmat nasihat.

Menurut laporan itu, Arab Saudi mengeksport ke lebih 180 negara pada 2024, dengan komoditi petrokimia menyumbang 68 peratus daripada jumlah eksport.

-- BERNAMA-XINHUA

 

 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan