WILAYAH - TIMUR > BERITA

KSN DAHULUI SENARAI PENERIMA DARJAH KEBESARAN TERENGGANU

27/04/2025 03:17 PM

KUALA TERENGGANU, 27 April (Bernama) -- Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Shamsul Azri Abu Bakar hari ini mendahului senarai 130 penerima Bintang Darjah Kebesaran Negeri Terengganu, sempena Sambutan Ulang Tahun Ke-63 Hari Keputeraan Sultan Terengganu Sultan Mizan Zainal Abidin. 

Pada istiadat yang berlangsung di Istana Syarqiyyah di sini, Shamsul Azri dianugerahkan Darjah Kebesaran Seri Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (SSMZ) Yang Amat Terpilih yang membawa gelaran Datuk Seri.

Turut menerima darjah kebesaran sama Panglima Tentera Darat Jeneral Tan Sri Muhammad Hafizuddeain Jantan dan Pengerusi Eksekutif Melati Ehsan Holdings Berhad Tan Sri Yap Suan Chee.

Bagi pengurniaan Darjah Kebesaran Datuk Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu (DSMZ) Yang Amat Terpilih yang membawa gelaran Datuk pula antara penerimanya ialah Duta Besar Malaysia ke China Datuk Norman Muhammad dan konsultan perhotelan serta pelancongan sukan Abdul Rahman Zabidin.

Turut dianugerahkan DSMZ ialah Ahli Lembaga Pemegang Amanah Yayasan Tuanku Nur Zahirah Toh Puan Seri Nur Rahmah Mohd Zin, Penaung Persatuan Amal dan Kebajikan Bencana Malaysia Datuk Wira Shaikh Abdul Halim Shaikh Salah Marie Alkathiri dan Pengerusi Eksekutif Medan Mutiara Sdn Bhd Datuk Mazli Mohan Alias.

Selain itu, Sultan Mizan turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Datuk Paduka Mahkota Terengganu (DPMT) Yang Amat Dihormati yang juga membawa gelaran Datuk kepada 23 individu termasuk Pengerusi Jawatankuasa Pertanian, Industri Asas Tani, Keterjaminan Makanan dan Komoditi negeri Dr Azman Ibrahim, Pengerusi Jawatankuasa Keusahawanan, Sumber Manusia, Koperasi dan Hal Ehwal Pengguna negeri Ariffin Deraman dan Pengerusi Jawatankuasa Infrastruktur, Utiliti, dan Pembangunan Luar negeri Hanafiah Mat.

Antara penerima darjah kebesaran DPMT yang lain Ketua Hakim Syarie Terengganu Rosdi Harun bekas Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Terengganu Jelani Sulong, Presiden/Ketua Pegawai Eksekutif Terengganu Incorporated Sdn Bhd Burhanuddin Hilmi Mohamed dan Ketua Pegawai Eksekutif Majlis Agama Islam dan Adat Melayu Terengganu Prof Madya Dr Ahmad Azrin Adnan.

Sultan Mizan turut berkenan mengurniakan Darjah Kebesaran Setia Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih kepada 23 penerima, Setia Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (13 penerima), Ahli Sultan Mizan Zainal Abidin Terengganu Yang Amat Terpilih (21 penerima) dan Ahli Mahkota Terengganu Yang Amat Dihormati (42 penerima).

-- BERNAMA

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan