WILAYAH - SARAWAK > BERITA

JOHOR CATAT PELABURAN RM27.4 BILION SUKU PERTAMA 2025

16/04/2025 08:57 PM

JOHOR BAHRU, 16 April (Bernama) -- Johor mencatatkan pelaburan bernilai RM27.4 bilion bagi suku pertama tahun ini, titah Pemangku Sultan Johor Tunku Mahkota Ismail. 

Baginda bertitah pencapaian itu didorong terutamanya oleh Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ) dan pelbagai inisiatif lain yang dilaksanakan bagi menarik lebih banyak pelaburan ke negeri ini.

“Pada masa sama, seperti yang saya telah tegaskan apabila dilantik sebagai Pemangku Sultan Johor, saya akan memastikan tahap pendidikan di negeri Johor dipertingkatkan. 

“Kerajaan Johor telah memperuntukkan RM55 juta untuk memperbaiki sistem pendidikan, berkenaan mitigasi banjir (pula) yang sepatutnya lengkap pada 2029, saya telah menitahkan agar projek ini dipercepat dan dilengkapkan selewat-lewatnya pada 2027,” titah baginda menerusi hantaran di laman Facebook rasmi hari ini. 

Tunku Ismail bertitah infrastruktur negeri ini sentiasa menjadi tumpuan utama, selain meningkatkan tahap pendidikan, taraf hidup dan ekonomi yang amat penting bagi memastikan kemajuan serta daya saing. 

“Syabas saya ucapkan kepada Menteri Besar Johor Datuk Onn Hafiz Ghazi, kerajaan negeri Johor, sektor swasta dan semua yang terlibat atas usaha positif dan pelaksanaan inisiatif-inisiatif yang selari dengan usaha memartabatkan lagi negeri Johor dalam pelbagai aspek,” titah baginda. 

-- BERNAMA 


 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan