SEPANG, 14 April (Bernama) -- Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM) berjaya menggagalkan cubaan menyeludup dadah disyaki jenis ganja dengan anggaran berat 210 kilogram bernilai RM20.57 juta di Zon Perdagangan Bebas Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bulan lepas.
Pemangku Penolong Ketua Pengarah Kastam Zon Tengah Dr Ahmad Taufik Sulaiman berkata dadah itu dirampas selepas pihaknya membuat pemeriksaan ke atas satu dagangan di sebuah pengendali terminal kargo udara yang beroperasi di kawasan berkenaan.
“Modus operandi sindiket itu adalah dengan menyembunyikan dadah di dalam bungkusan produk makanan ringan serta makanan haiwan peliharaan bagi mengelirukan pihak berkuasa.
“Dadah itu dipercayai cuba diseludup dari sebuah negara Asia Tenggara dan transit di Malaysia sebelum dihantar ke destinasi terakhir di Eropah,” katanya dalam sidang media di sini hari ini.
Ahmad Taufik berkata tiada penahanan dibuat susulan rampasan itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 39B(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial