KOTA BHARU, 17 Mei (Bernama) -- Mana-mana pasukan yang gagal melunaskan tunggakan gaji pemain akan disekat daripada menyertai saingan Liga Premier Futsal Malaysia (MPFL).
Naib Presiden Persatuan Bola Sepak Malaysia (FAM) Datuk Seri Rosmadi Ismail berkata pihaknya memandang serius isu tunggakan gaji yang turut dihadapi pasukan MPFL, sama seperti Liga Malaysia (Liga-M).
“Peratusan pasukan di MPFL yang terlibat dengan isu tunggakan gaji bagaimanapun tidaklah besar dan FAM akan terus mendapatkan maklumat berkaitan masalah ini,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jersi dan Memperkenalkan Pemain Pasukan Futsal Kelantan (Kelantan FT), di sini hari ini.
Rosmadi yang juga Pengerusi Jawatankuasa Futsal dan Bola Sepak Pantai Malaysia berkata FAM akan memberi penekanan terhadap isu ini dengan difahamkan sudah terdapat pasukan yang sedang berusaha menyelesaikan tunggakan gaji pemain.
“Kelab perlu berbelanja mengikut kemampuan dan harus mengutamakan pemain yang bersesuaian dengan keupayaan kewangan masing-masing ,” katanya.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial