POLITIK > BERITA

NIK NAZMI TERBUKA DICABAR ADFLIN SHAUKI

10/04/2025 03:05 PM

BAGAN SERAI, 10 April (Bernama) -- Nik Nazmi Nik Ahmad mengakui terbuka jika ada mana-mana individu mahu bertanding bagi merebut jawatan Ketua Cabang Setiawangsa pada pemilihan PKR 2025.

“… kerana kita raikan demokrasi, kita raikan semua ahli yang ingin bertanding,” katanya ketika ditanya mengenai pelakon, pelawak dan pengarah filem Datuk Afdlin Shauki yang akan mencabarnya bagi jawatan berkenaan.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menyempurnakan Majlis Perasmian Cawangan Hijau Pertama Agrobank Bagan Serai di sini hari ini.

Nik Nazmi bagaimanapun berkata pertandingan perlu berlangsung secara berhemah dan beliau tidak mengambil mudah semua calon yang bertanding.

“Semua mampu menang. Saya yakin ahli PKR Setiawangsa bersama saya,” katanya. 

Sebelum ini, Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam dilaporkan mahu mempertahankan jawatan Naib Presiden PKR dan Ketua Cabang Setiawangsa pada pemilihan parti itu yang dijadualkan pada 24 Mei ini.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan