KUALA LUMPUR, 6 Mei (Bernama) -- Bursa Malaysia rendah pada tengah hari berikutan aktiviti pengambilan untung yang berterusan dalam saham wajaran tinggi terpilih memandangkan pelabur masih bimbang mengenai prospek pasaran global, kata peniaga.
Pada 12.30 tengah hari, FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 0.34 peratus atau 5.15 mata kepada 1,534.398 daripada 1,539.54 semasa ditutup pada Isnin.
Indeks petunjuk pasaran dibuka meningkat 1.10 mata kepada 1,540.64 dan bergerak antara 1,533.48 dan 1,544.98 sepanjang sesi dagangan pagi.
Sentimen pasaran negatif apabila kaunter rugi mengatasi kaunter untung sebanyak 532 berbanding 262 manakala 417 kaunter tidak berubah, 1,124 tidak diniagakan dan 17 yang lain digantung dagangan.
Jumlah dagangan sebanyak 1.93 bilion saham bernilai RM916.04 juta.
Naib Presiden Penyelidikan Ekuiti Rakuten Trade Sdn Bhd Thong Pak Leng berkata tumpuan pasaran telah beralih kepada mesyuarat dasar Rizab Persekutuan Amerika Syarikat (AS) mulai hari ini.
"Kami yakin belian asing mungkin berterusan. Oleh itu, (kami) menjangkakan indeks ini akan bergerak dalam julat 1,540-1,550 hari ini.
“Sementara itu, harga minyak sawit mentah terus menyusut, dengan pada masa ini sekitar paras RM3,800 satu tan seiring dengan penyusutan harga minyak mentah, yang menyaksikan minyak mentah Brent berada pada paras kira-kira US$60 setong,” katanya kepada Bernama.
Dalam kalangan saham wajaran tinggi, Maybank dan Public Bank masing-masing susut 2.0 sen kepada RM9.98 dan RM4.45.
CIMB berkurangan 21 sen kepada RM6.87, Tenaga Nasional menokok 16 sen kepada RM13.96 manakala IHH Healthcare tidak berubah pada RM7.
Bagi dagangan aktif, Permaju menokok setengah sen kepada 3.5 sen, Ekovest dan Velesto masing-masing susut kepada 32.5 sen dan 15 sen manakala SFP Tech rendah 1.0 sen kepada 22.5 sen.
Di papan indeks, Indeks FBM Emas berkurangan 44.58 mata kepada 11,396.60, Indeks FBMT 100 susut 43.14 mata kepada 11,172.12 dan Indeks FBM Emas Shariah rendah 44.58 mata kepada 11,396.60.
Indeks FBM 70 susut 84.59 mata kepada 16,047.90 dan Indeks FBM ACE rendah 0.37 mata kepada 4,624.69.
Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan menyusut 180.93 mata kepada 18,095.24 manakala Indeks Produk dan Perkhidmatan Perindustrian berkurangan 0.82 mata kepada 150.97, Indeks Tenaga susut 3.85 mata kepada 678.86 dan Indeks Perladangan menokok 10.96 mata kepada 7,259.58.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial