PASARAN > BERITA

RINGGIT DIBUKA TINGGI BERBANDING DOLAR US

09/04/2025 09:23 AM

Oleh Nurunnasihah Ahmad Rashid

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar US susulan pembetulan teknikal selepas penurunan baru-baru ini dalam persekitaran prestasi semalaman bercampur-campur mata wang Amerika Syarikat (AS) itu.

Pada 8 pagi, ringgit meningkat kepada 4.4875/5050 berbanding dolar US daripada 4.4885/4930 ketika ditutup semalam.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd, Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata kejutan disebabkan pengumuman tarif AS baru-baru ini terus menguasai sentimen pasaran.

Beliau berkata para pegawai Rumah Putih telah mengesahkan tarif 104 peratus ke atas barangan China terpilih akan diteruskan seperti yang dirancang manakala Beijing dijangka akan bertindak balas.

"Ketika ini, tahap ketidaktentuan terhadap kesan perang perdagangan yang berpotensi berlaku pada ekonomi global akan menjadi tumpuan utama," katanya kepada Bernama.

“Kenaikan tarif terhadap China akan menjejaskan industri yang dipacu eksport, mendorong lebih banyak langkah rangsangan untuk menyokong ekonomi.

“Sehubungan itu, ringgit dijangka akan turut terjejas, memandangkan korelasi yang kukuh dengan yuan China, pada 78 peratus sejak 2015,” katanya.

Ringgit diniagakan rendah berbanding sekumpulan mata wang utama.

Unit tempatan merosot berbanding yen Jepun kepada 3.0785/0907 daripada 3.0501/0533, turun berbanding euro kepada 4.9246/9438 daripada 4.9005/9055 dan jatuh berbanding pound Britain kepada 5.7368/7592 daripada 5.7210/7268.

Bagaimanapun, ringgit diniagakan tinggi berbanding mata wang ASEAN.

Ia naik berbanding baht Thailand kepada 12.8552/9139 daripada 12.8898/9094, meningkat berbanding rupiah Indonesia kepada 265.6/266.8 daripada 265.7/266.1 dan melonjak berbanding dolar Singapura kepada 3.3169/3304 daripada 3.3224/3259 manakala ringgit berubah sedikit berbanding peso Filipina pada 7.83/7.86 daripada 7.83/7.84 sebelumnya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan