AM

Kraftangan Malaysia Anjur FKPT 2025 Selama 13 Hari Di Kuantan

22/05/2025 11:26 PM

KUANTAN 22 Mei (Bernama) -- Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya (MOTAC) melalui Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia (Kraftangan Malaysia) menganjurkan Festival Kraf Pantai Timur (FKPT) 2025 yang bermula hari ini hingga 3 Jun di Pusat Beli Belah East Coast Mall di sini. 

Kraftangan Malaysia dalam kenyataan hari ini memaklumkan, FKPT 2025 bertujuan menjadi platform bagi mempromosi dan mengkomersialkan produk kraf tempatan serta meningkatkan kesedaran masyarakat terhadap kraf beridentiti Malaysia.

“Penganjuran FKPT 2025 berlangsung selama 13 hari ini menampilkan pelbagai aktiviti menarik, seperti Jualan Produk Kraf, Interaktif Kraf, Pameran ‘Ini Kraf Malaysia serta Kempen Jom Masuk Institut Kraf Negara dan Institut Kemahiran Tenun Pahang Diraja,” menurut kenyataan itu. 

Turut diadakan beberapa aktiviti sampingan, termasuk cabutan bertuah, pertandingan meneka berat produk Tembikar Terenang, pertandingan meneka jumlah benang kain Tenun Pahang Diraja serta pertandingan mewarna batik, batu seremban, dan congkak.

Menurut Kraftangan Malaysia, pengunjung juga berpeluang menyaksikan aktiviti demonstrasi kraf, termasuk ukiran kayu, mencanting batik, anyaman mengkuang, logam perak dan Tenun Pahang Diraja.

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan