EKONOMI > BERITA

AMBANK BERI PEMBIAYAAN RM307 JUTA KEPADA PROJEK INFRASTRUKTUR CHIN HIN GROUP

10/04/2025 02:27 PM

KUALA LUMPUR, 10 April (Bernama) -- AmBank Group telah memberikan kemudahan pembiayaan RM307 juta kepada anak syarikat Chin Hin Group Bhd, Aricia Sdn Bhd dan Makna Setia Sdn Bhd, untuk menyokong beberapa pembangunan hartanah serta infrastruktur di Lembah Klang termasuk Sabah dan Sarawak.

Ambank dan Chin Hin melalui satu kenyataan bersama hari ini berkata kerjasama strategik itu menandakan pencapaian penting dalam memajukan pembangunan bandar dan infrastruktur di kawasan-kawasan berkenaan.

"Pembiayaan tersebut akan menyokong pembangunan Aricia Residences@Sungai Besi, sebuah projek kediaman dengan nilai pembangunan kasar sebanyak RM467 juta.

"Ia juga akan membiayai pembangunan bercampur bebas di Bandar Kinrara, yang merangkumi 1.38 hektar dan terdiri daripada dua menara kediaman termasuk hab peruncitan," kata kenyataan itu.

Pembiayaan itu juga akan menyokong kerja-kerja infrastruktur sivil di Sabah dan Sarawak untuk meningkatkan hubungan serantau serta pertumbuhan ekonomi. 

 Pengarah Urusan Perbankan Perniagaan Ambank Group, Christopher Yap berkata perkembangan ini sejajar dengan komitmen bank untuk memupuk pertumbuhan yang mampan.

"Ambank Group kekal komited dalam menyokong inisiatif yang memacu kemajuan dan mewujudkan nilai yang berkekalan kepada komuniti.

"Kerjasama ini menggariskan usaha berterusan kami bagi menyumbang kepada pembangunan dan landskap pembinaan Malaysia," katanya.

Pengarah Urusan Chin Hin Group, Chiau Haw Choon berkata kerjasama dengan Ambank Group membolehkan kumpulan itu membawa ruang tamu yang inovatif  seperti Aricia Residences kepada pemilik rumah, menetapkan tanda aras baharu di kehidupan bandar.

"Selain itu, inisiatif infrastruktur kami di Sabah dan Sarawak mencerminkan komitmen kami terhadap kemajuan negara, memacu pembangunan mampan dan meningkatkan hubungan di seluruh rantau ini," katanya.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan