Oleh Harizah Hanim Mohamed
KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Menteri-menteri ASEAN akan menyokong pengoperasian Kemudahan Pembiayaan Pantas (RFF) yang bertujuan membantu negara anggota yang mengalami kekangan kewangan daripada kesan kejutan atau masalah kewangan disebabkan oleh faktor luaran.
Selain kemudahan jaringan keselamatan ini, Timbalan Gabenor Bank Negara Malaysia Datuk Marzunisham Omar mengumumkan kumpulan itu juga akan menyokong Modal Berbayar, yang merupakan sebahagian daripada Chiang Mai Initiative Multilateralisation (CMIM), mekanisme serantau bantu diri untuk membantu negara yang menghadapi masalah kecairan.
“Kedua-dua program ini akan membantu anggota ASEAN untuk membantu antara satu sama lain sekiranya berlaku krisis,” katanya kepada Bernama selepas mempengerusikan bersama mesyuarat Timbalan Menteri Kewangan dan Timbalan Gabenor Ban Pusat ASEAN+3 hari ini.
Beliau, bagaimanapun, menegaskan negara-negara ASEAN tidak dijangka mengalami sebarang krisis kewangan.
“Tidak, kita tidak mengalami dan tiada negara di rantau ini menghadapi sebarang krisis kecairan.
“Namun suatu yang baik sekiranya kita bersiap sedia,” kata Marzunisham.
Beliau berkata kemudahan itu mencerminkan usaha rantau ini untuk bersatu padu membantu mana-mana negara anggota sekiranya kecairan diperlukan.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial