EKONOMI > BERITA

MURID SEKOLAH BINA 'ROBOT MARBOT4SF' UNTUK SELAMATKAN PLANET

09/04/2025 01:16 PM

Oleh Danni Haizal Danial Donald

KUALA LUMPUR, 9 April (Bernama) -- Semuanya bermula selepas insiden pelunturan warna, seorang kanak-kanak lelaki berusia 11 tahun kini lebih peka dan bersemangat untuk melindungi alam sekitar dan menyelamatkan planet ini.

Yevgen Ngui melihat warna jersi bola sepaknya pudar, menampakkan pewarna sintetik yang kerap digunakan dalam industri tekstil.

Sikap ingin tahu mengenai apa yang menyebabkan perubahan itu, beluay mula menyelidik pewarna sintetik dan mendedahkan toksik dan bahaya kepada hidupan akuatik dan kesihatan manusia.

Penemuan ini telah memberi inspirasi kepada Yevgen dan rakan sekolahnya, Yeoh Zi Jian, 12, dan Celeste Tan, 10, untuk mencipta "Robot Marbling untuk Masa Depan Lestari (MarBot4SF)", sebuah mesin menggabungkan teknik water marbling dengan robotik untuk mencipta corak menakjubkan, mesra alam bertujuan untuk mengatasi komplikasi penggunaan alam sekitar dan kesihatan dalam industri fesyen dan kesihatan.

"Saya membuat kaji selidik di internet dan mendapati pewarna sintetik berbahaya kepada hidupan akuatik dan kesihatan manusia. Justeru, saya mahu membuat robot yang boleh menggunakan pewarna pigmen semulajadi dan bukannya pewarna sintetik supaya ia tidak terus memudaratkan alam sekitar," katanya ketika ditemui Bernama pada Pameran Malaysia Open House Exhibition @ ASEAN KL 2025, di sini hari ini.

Zi Jian meminati seni sejak Tahun 4, mempelajari teknik water marbling telah mencetuskan idea untuk menggabungkan seni dengan robotik moden seterusnya membawa kepada penciptaan MarBot4SF.

"Saya mahu menggabungkan seni dan teknologi. Semasa sesi percambahan minda (brainstorming), saya teringat bahawa ketika Tahun 4, saya belajar mengenai water marbling dan teknik itu yang saya mahu gabungkan dengan teknologi.

“Selain itu, elemen kelestarian membantu merevolusikan industri fesyen dan menjadikan dunia lebih baik,” katanya.

Celeste pula mendapat inspirasi secara dalam talian apabila beliau menemui artikel bagaimana industri fesyen dan tekstil merupakan salah satu punca utama pencemaran air.

Ia membuka semangatnya untuk mencipta MarBot4SF sebagai penyelesaiannya.

“Saya terus melakukan carian dan ingin mencipta sesuatu yang boleh menggabungkan seni dan teknologi supaya dapat menyelesaikan masalah alam sekitar, akhirnya kami menghasilkan MarBot4SF.

"Ini boleh membantu mengurangkan kesan alam sekitar terhadap percetakan tekstil dan mencipta corak yang cantik dan semula jadi pada fabrik," katanya.

Di sebalik kejayaan mereka, guru dan penasihat projek Ong Yun Naam Adrian, 34, berkata walaupun tidak mengambil jurusan pengajian robotik di universiti, murid berkenaan memberi inspirasi kepadanya untuk menceburi bidang itu dan membantu mereka merealisasikan projek tersebut.

"Saya didedahkan dengan robotik semasa di sekolah. Bekerjasama dengan murid menyedarkan saya bahawa kadangkala ia bukan tentang sesuatu yang mereka pelajari melalui buku teks tetapi ia adalah mengenai kemahiran pembentangan mereka.

"Kami termasuk murid menghabiskan banyak masa walaupun pada hujung minggu dan cuti; komitmen dan minat mereka juga mendorong kami. Jika pelajar sanggup balik dan meluangkan masa untuk projek ini daripada keluar bersantai bersama rakan mereka, ia mendorong kami untuk membantu mereka," katanya.

Ciptaan mereka turut membawa mereka ke pertandingan di peringkat antarabangsa, antaranya World Robot Olympiad di Turkiye dan World Robot Competition di Indonesia serta memenangi pingat emas dan perak di Pertandingan Robotik Kebangsaan di sini, tahun lepas.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan