DUNIA > BERITA

KEAMANAN DAN KESTABILAN ASPIRASI BERSAMA MASYARAKAT DUNIA - WANG YI

02/05/2025 04:58 PM

BRASILIA, 2 Mei (Bernama-CMG) -- Menteri Luar China Wang Yi berkata keamanan dan kestabilan tetap merupakan aspirasi bersama masyarakat antarabangsa, manakala kolaborasi Selatan Global adalah hala tuju perkembangan sejarah, tidak kira bagaimana situasi antarabangsa berubah.

Wang Yi, yang juga Ahli Biro Politik dan Ketua Jabatan Hubungan Luar Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) berkata demikian ketika menghadiri Mesyuarat Penasihat Keselamatan dan Wakil Kanan bagi Urusan Keselamatan Nasional BRICS Ke-15, yang diadakan di sini, pada Rabu waktu tempatan.

Wang berkata: “Membiarkan penularan unilateralisme atau mempertahankan multilateralisme? Negara-negara BRICS perlu memberikan jawapan yang jelas.”

Beliau berkata BRICS perlu dengan tegas mempertahankan hak  untuk membangun, tidak boleh membiarkan hak dan kepentingan diri yang sah diceroboh atau dirampas. Organisasi ini perlu bersatu padu untuk menghalang tindakan penindasan, serta mempertahankan hak dan ruang untuk membangun bagi negara-negara membangun.

Di samping itu menurut Wang, BRICS perlu secara proaktif membimbing kolaborasi dan kerjasama, serta mempertahankan multilateralisme.

Beliau menegaskan BRICS hendaklah mengangkat multilateralisme, memelihara sistem antarabangsa yang berteraskan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), memelihara mekanisme perdagangan multilateral yang berteraskan Pertubuhan Perdagangan Dunia(WTO), untuk mendorong suatu orde antarabangsa yang lebih adil dan rasional.

--BERNAMA-CMG


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan