ANKARA, 30 April (Bernama-Anadolu) – Sekurang-kurangnya 35 lagi penduduk Palestin maut dalam serangan udara Israel di Gaza dalam tempoh 24 jam lepas, menjadikan jumlah korban akibat perang genosid Israel sejak Oktober 2023 meningkat kepada 52,400 orang, menurut Kementerian Kesihatan Palestin pada Rabu, lapor Anadolu Ajansi (AA).
Kementerian itu dalam satu kenyataan turut memaklumkan seramai 109 lagi mangsa cedera dibawa ke hospital, menjadikan jumlah keseluruhan yang cedera akibat serangan itu meningkat kepada 118,014 orang.
“Ramai mangsa masih terperangkap di bawah runtuhan dan di jalanan kerana pasukan penyelamat tidak dapat menghampiri mereka,” menurut kenyataan itu.
Tentera Israel menyambung semula serangan ke atas Semenanjung Gaza pada 18 Mac lepas dan sejak itu lebih 2,300 orang maut serta hampir 6,000 yang lain cedera, meskipun gencatan senjata dan perjanjian pertukaran tahanan dimeterai pada Januari.
Pada November lepas, Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) mengeluarkan waran tangkap terhadap Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu dan bekas Menteri Pertahanannya Yoav Gallant atas tuduhan jenayah perang dan jenayah terhadap kemanusiaan di Gaza.
Israel turut berdepan kes genosid di Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) berhubung serangannya ke atas wilayah itu.
-- BERNAMA-ANADOLU
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial