DUNIA > BERITA

SINGAPURA BUBAR PARLIMEN MENJELANG PILIHAN RAYA, HARI PENAMAAN CALON PADA 23 APRIL

15/04/2025 04:26 PM

Oleh Nur Ashikin Abdul Aziz

SINGAPURA, 15 April (Bernama) -- Singapura membubarkan Parlimennya pada Selasa, sekali gus membuka laluan kepada Pilihan Raya Umum ke-14 negara itu dalam tempoh tiga bulan akan datang.

Hari penamaan calon ditetapkan pada 23 April, menurut Pejabat Perdana Menteri (PMO) dalam satu kenyataan.

Tarikh pengundian akan diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya. Writ Pilihan Raya dijangka dikeluarkan dalam masa terdekat.

"Presiden Tharman Shanmugaratnam, atas nasihat Perdana Menteri Lawrence Wong, telah membubarkan Parlimen pada Selasa, 15 April 2025," menurut kenyataan PMO itu.

Pilihan raya kali ini akan menyaksikan pemilihan 97 Ahli Parlimen (AP), meningkat berbanding 93 AP sebelum ini, selaras dengan cadangan Jawatankuasa Semakan Sempadan Pilihan Raya.

Lebih 2.75 juta rakyat Singapura layak mengundi pada pilihan raya umum akan datang.

-- BERNAMA

 

 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan