DUNIA > BERITA

CHINA SEDIA MANTAPKAN KERJASAMA PERDAGANGAN DENGAN ASEAN

10/04/2025 03:43 PM

BEIJING, 10 April (Bernama-CMG) -- Menteri Perdagangan China Wang Wentao mengadakan perbincangan secara maya dengan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Malaysia Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz pada Rabu.

Kedua-dua pihak bertukar-tukar pandangan secara mendalam mengenai kerjasama perdagangan China-Malaysia serta China-ASEAN, tarif timbal balik Amerika Syarikat (AS) dan sebagainya.

Wang berkata tindakan AS melaksanakan tarif timbal balik merupakan amalan buli sepihak yang tipikal.

Ia bukan sahaja merosakkan kepentingan AS sendiri, tetapi juga mengancam pembangunan ekonomi serta kestabilan rantaian perindustrian dan bekalan global selain menjejaskan sistem perdagangan antarabangsa.

Beliau menyatakan kesediaan China untuk memperkukuh komunikasi dan koordinasi dengan semua rakan dagang termasuk ASEAN, menangani kebimbangan masing-masing menerusi dialog dan perundingan secara sama rata, serta mempertahankan sistem perdagangan multilateral.

Sementara itu, Tengku Zafrul berkata pihaknya bersedia bersama dengan China untuk menyokong multilateralisme serta pembangunan perdagangan global.

Menurut beliau Malaysia akan berbincang dengan negara ASEAN lain berhubung isu tarif AS.

-- BERNAMA-CMG

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan