BEIJING, 10 April (Bernama-CMG) -- Pejabat Penerangan Dewan Negara China pada Rabu menyiarkan kertas putih mengenai pendirian China dalam beberapa isu membabitkan hubungan ekonomi dan dagangan China-Amerika Syarikat (AS).
Kertas putih itu menyatakan tindakan AS mengenakan tarif tambahan terhadap semua produk diimport dari China mendedahkan sifat negara itu yang mengamalkan unilateralisme dan pembulian.
Tingkah laku AS bertentangan dengan prinsip ekonomi pasaran dan multilateralisme, serta akan memberi kesan serius kepada hubungan ekonomi dan perdagangan China-AS.
Susulan kenaikan tarif AS, China telah pun melaksanakan tindakan balas tegas selaras dengan prinsip undang-undang antarabangsa.
Menurut dokumen itu, tiada pemenang dalam perang perdagangan dan amalan perlindungan akan menemui jalan buntu. Kejayaan yang diraih oleh satu pihak merupakan peluang bagi pihak lain, bukan ancaman.
Diharap AS dapat bergerak sehaluan dengan China, dan menangani kebimbangan masing-masing menerusi dialog dan rundingan berlandaskan prinsip saling hormat, hidup bersama secara damai dan kerjasama saling untung.
Dokumen itu menyebut bahawa adalah penting untuk menggerakkan hubungan perdagangan kedua-dua negara berkembang ke arah sihat, stabil dan mampan.
-- BERNAMA-CMG
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial