PUTRAJAYA, 20 Mei (Bernama) -- Lembaga Hasil Dalam Negeri Malaysia (LHDN) - Chartered Tax Institute of Malaysia (CTIM) Forum Roadshow 2025, menjadi platform penting yang menghimpunkan pengamal percukaian, pemain industri, wakil agensi dan syarikat serta individu yang terlibat dalam pengurusan cukai untuk memahami isu-isu semasa, cabaran pelaksanaan dasar serta hala tuju percukaian negara.
LHDN dalam kenyataan hari ini memaklumkan forum yang akan diadakan di lima lokasi itu menjadi wadah dialog yang membina antara pihak berkuasa dan pemain industri ke arah ekosistem cukai yang responsif terhadap keperluan semasa.
LHDN berkata program yang berkonsepkan jerayawara dan secara bersemuka itu memberi peluang kepada para peserta untuk berinteraksi secara langsung dengan barisan ahli panel di seluruh negara mengikut tarikh dan lokasi ditetapkan.
"LHDN amat mengalu-alukan penyertaan khususnya pengamal percukaian, badan perakaunan dan profesional serta pembayar cukai untuk menyertai forum ini.
"Selain menjadi medan strategik bagi pengamal industri dan pembayar cukai menyuarakan pandangan, forum ini juga dapat membentuk hala tuju sistem percukaian yang lebih dinamik, progresif dan berdaya saing," menurut kenyataan itu.
LHDN-CTIM Forum Roadshow 2025 dijaduakan diadakan di Renaissance Hotel, Johor Bahru pada 29 Mei; St. Giles Wembley, Penang (10 Jun); Le Meridien Hotel, Kota Kinabalu (11 Jun); Sheraton Hotel, Kuching (12 Jun); dan Berjaya Times Square Hotel, Kuala Lumpur pada 18 Jun.
Pendaftaran LHDN-CTIM Tax Forum Roadshow 2025 telah dibuka secara rasmi dan orang ramai boleh mendaftar melalui pautan https://www.ctim.org.my/events/.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial