KUALA LUMPUR, 17 Mei (Bernama) -- Sebanyak 71 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor diberikan kebenaran untuk melaksanakan Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) pada 26 hingga 28 Mei ini bersempena dengan penganjuran Sidang Kemuncak ASEAN Ke-46.
Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan cadangan kebenaran pelaksanaan PdPR bagi sekolah-sekolah terlibat mengambil kira penutupan jalan dan kawalan keselamatan sepanjang penganjuran sidang kemuncak itu.
“Ia bagi memastikan kelangsungan pembelajaran murid di sekolah-sekolah yang terlibat tidak terjejas.
“KPM yakin pengalaman melaksanakan PdPR sewaktu pandemik dan semasa dalam situasi bencana dapat memastikan kelangsungan proses pembelajaran dan pada waktu sama aspek kesejahteraan murid, guru dan seluruh warga sekolah terpelihara,” menurut KPM dalam kenyataan hari ini.
Sehubungan dengan itu, KPM menasihati ibu bapa, penjaga, murid, guru dan warga sekolah terlibat untuk merujuk saluran rasmi sekolah masing-masing bagi mendapatkan maklumat lanjut berkenaan pelaksanaan PdPR.
Sidang Kemuncak ASEAN ke-46 yang berlangsung pada 26 dan 27 Mei ini di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC), menghimpunkan 10 pemimpin negara anggota blok itu, bagi membincangkan isu serantau serta memupuk kerjasama ekonomi, selain memperjuangkan prinsip keterangkuman dan kemampanan.
Berikut ialah senarai 71 sekolah yang terlibat:
KUALA LUMPUR:
SELANGOR:
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial