AM > BERITA

MBOT Buka Permohonan Tiga Anugerah Iktiraf Sumbangan Cemerlang Bidang Teknologi Dan Teknikal

16/05/2025 03:02 PM

PUTRAJAYA, 16 Mei (Bernama) -- Permohonan bagi Anugerah Teknologis Negara, Anugerah Juruteknik Negara dan Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) Woman Leadership Award 2025 kini dibuka untuk semua teknologis dan juruteknik profesional di seluruh negara.

Lembaga Teknologis Malaysia (MBOT) dalam kenyataan hari ini memaklumkan anugerah berprestij itu bertujuan mengiktiraf individu-individu cemerlang yang telah memberikan sumbangan luar biasa dalam bidang teknologi dan teknikal di Malaysia.

"Untuk edisi tahun 2025, hadiah wang tunai RM20,000 yang disalurkan oleh Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) menanti penerima bagi setiap kategori.

“Ia mencerminkan komitmen Kerajaan untuk mengiktiraf dan menghargai peranan teknologis, juruteknik, serta pemimpin wanita yang memberi impak besar dalam mengubah landskap teknologi negara," menurut kenyataan itu di sini hari ini.

Anugerah itu akan disampaikan semasa program MBOT Experts Network in Technology, Innovation and Cooperative Event (ENTICE) 2025 pada 30 September ini.

Permohonan boleh dihantar ke https://www.mbot.org.my/anugerah-mbot/2025 .

MBOT merupakan sebuah badan profesional yang ditubuhkan di bawah Akta Teknologis dan Juruteknik 2015 [Akta 768] untuk memberikan pengiktirafan profesional kepada Teknologis dan Juruteknik dalam bidang teknologi dan teknikal.

-- BERNAMA


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan