KUALA LUMPUR, 13 April (Bernama) -- Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan keluarga mengucapkan takziah atas pemergian seniman legenda Indonesia Titiek Puspa, yang telah memberikan sumbangan besar kepada dunia seni dan budaya Nusantara.
“Kenangan menonton filem ‘Tiga Dara’ bersama bonda masih segar dalam ingatan, lantas memperkenalkan saya kepada bakat dan pesona beliau.
“Semoga roh beliau dicucuri rahmat dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” menurut Anwar menerusi hantaran di Facebook beliau hari ini.
Penyanyi, penulis lagu dan pelakon legenda itu menghembuskan nafas terakhir pada usia 87 tahun akibat penyakit angin ahmar di Jakarta Selatan, pada Khamis.
-- BERNAMA
BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).
Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial