AM > BERITA

Mangsa Banjir Di Johor Kekal 210 Orang Petang Ini

11/04/2025 08:21 PM

JOHOR BAHRU, 11 April (Bernama) -- Jumlah mangsa banjir yang berlindung di satu pusat pemindahan sementara (PPS) di Batu Pahat kekal 210 orang daripada 65 keluarga setakat 4 petang ini. 

Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Tan Sri Dr Azmi Rohani berkata kesemua mangsa dari lapan kampung di sekitar Sri Gading dan Parit Raja itu ditempatkan di PPS Sekolah Menengah Kebangsaan Seri Gading.

"Mereka terdiri daripada penduduk Kampung Baharu Sri Gading, Kampung Parit Bengkok, Kampung Parit Kaspan, Kampung Parit Samion, Kampung Parit Haji Salleh Ros, Kampung Parit Sri Muar, Kampung Sri Pandan dan Kampung Parit Samijan,” katanya dalam kenyataan hari ini.

Beliau berkata Sungai Senggarang mencatatkan paras amaran dengan bacaan 3.20 meter manakala Suangai Batu Pahat pada paras waspada dengan 2.30 meter.

“Semua daerah di Johor dilaporkan cerah petang ini,” katanya.

Sementara itu, di SELANGOR sebanyak 873 orang daripada 262 keluarga kini ditempatkan di enam PPS di Shah Alam dan Klang, yang terkesan dengan banjir kilat akibat hujan berterusan pagi tadi.

Menurut InfoBencana Jabatan Kebajikan Masyarakat, PPS berkenaan ialah Sekolah Kebangsaan (SK) Binjai, Dewan Azalea, Dewan Bakawali, Dewan Kenanga, SK Shah Alam Sekyen 16 dan Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 16. 

Terdahulu Exco Pengurusan Bencana negeri Mohd Najwan Halimi dilaporkan berkata jumlah mangsa banjir yang didapati terkesan mencecah hingga 1,000 individu pagi tadi. 

Perkembangan itu sekali gus menyaksikan berlaku sedikit pengurangan terhadap jumlah mangsa yang masih mendapatkan perlindungan di PPS petang ini. 

-- BERNAMA 

 

 


BERNAMA menyediakan informasi dan berita terkini yang sahih dan komprehensif yang disebarkan melalui Wires BERNAMA; www.bernama.com; BERNAMA TV di saluran Astro 502, unifi TV 631 dan MYTV 121 dan Radio BERNAMA di frekuensi FM93.9 (Lembah Klang), FM107.5 (Johor Bahru), FM107.9 (Kota Kinabalu) dan FM100.9 (Kuching).

Ikuti kami di media sosial :
Facebook : @bernamaofficial, @bernamatv, @bernamaradio
Twitter : @bernama.com, @BernamaTV, @bernamaradio
Instagram : @bernamaofficial, @bernamatvofficial, @bernamaradioofficial
TikTok : @bernamaofficial

© 2025 BERNAMA   • Penafian   • Dasar Privasi   • Dasar Keselamatan